02 December 2010

RAHMAT UJIAN

Dalam derita ada bahagia,
Dalam gembira mungkin terselit duka.
Tak siapa yang tahu,
Tak siapa pinta ujian bertamu.
Bibir mudah mengucapkan sabar,
Tapi hati yang remuk menderita.
Insan yang memandang ,
Mempunyai banyak tafsiran.
Segala takdir,
Terimalah dengan hati yang terbuka.
Walaupun terseksa tetapi ingat, mesti ada hikmahnya.
Harus ada rasa bersyukur,
Setiap kali ujian menjelma.
Itu jelas membuktikan,
Allah mengasihimu setiap masa.
Diuji tahap keimanan,
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan.
Hanya yang terpilih sahaja,
Antara berjuta mendapat rahmatnya.
Allah rindu mendengarnya,
Rintihanmu berpanjangan,
Bersyukur serta tabah menghadapinya.
Segala takdir,
Terimalah dengan hati yang terbuka.
Walaupun terseksa, tetapi perlu di ingatkan mesti ada hikmahnya.
Justeru bersyukurlah selalu...

No comments:

Post a Comment