SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA...
- ''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''
- ''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''
- ''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''
- ''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain''
- ''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''
- ''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"
- ''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci"
- ''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''
- ''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu''
- ''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya"
- ''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain"
- ''Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah''
- ''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''
- ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''
- ''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim''
- ''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''
- ''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah''
- ''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''
- ''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita''
- ''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''
- ''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''
- ''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''
- ''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''
RENUNGKANLAH...

No comments:
Post a Comment